***** LATEST NEWS UPDATES ***** ÚLTIMA ACTUALIZACIÓN DE NOTICIAS ***** BERITA TERKINI ***** DERNIERES NOUVELLES MISES À JOUR **I'LL BE BACK ONLINE SOON, STAY TUNE******************************************************************************************************************************************************************** ..

Saturday, May 17, 2008

Inilah satu permulaan bagi sebuah coretan kehidupan.

Semalam teman telah melawat tempat di mana teman dilahirkan. Sejak berpindah dari tempat lebih satu dekat yang lalu teman tidak pernah ke sana. Hati ini meronta-ronta ingin jejaki kenangan silam... dan semalam sejarah tercipta.

Hati dan perasaan ini bercampur baur ketika dalam perjalanan ke sana. Namun setelah tiba disana hati dan perasaan ini terasa gembira biarpun suasana kawasannya telah berubah. Tidak seorang pun mengenali teman mungkin kerana terlalu lama teman tinggalkan kawasan ini. Dalam kesibukan mengenang kembali kenangan silam mata ini tercari-cari rumah lama di mana teman dibesarkan sehingga berusia 9 tahun... dan akhirnya teman berdiri di hadapan rumah itu.

Bagaikan petir, flashback dalam kotak ingatan teman mengulang sejarah silam.. disini... di rumah ini teman membesar bersama keluarga tercinta, dulu terasa besar rumah ini tapi kini teman rasakan ia agak kecil..

Disinilah kehidupan zaman kanak-kanak teman bermula.. entah ke mana menghilang semua rakan-rakan zaman kanak-kanak teman... dimana Hussin, Yussuf, Osman, Kil0, Itut, Ijun, Intan, Hasnah, Eda, Mustafa dan ramai lagi... sehingga kini teman tidak pernah bersua dengan mereka.. sesekali terasa rindu kepada mereka kerna merekalah penghias kehidupan zaman kecil teman..