4 Jejaka Melayu Terakhir
Panel Juri dan peserta...
Jika TV9 tampil dengan program GADIS MELAYU maka entry kali ini menampilkan 4 JEJAKA MELAYU . Foto ini dirakam dihadapan sebuah Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan.
1) Jejaka berbaju putih berseluar khakis tak berseluar dalam dengan spekmata ala tungau atau langau pening tu (hey nice glasses - pinjam ayat iklan SILKYGIRL) macam kenal ajer... setiap entry mesti nak 'interframe'... maklumlah Jantan Gedik... mesti nak glamer kan.. kan...
2) Mamat yang pegang kon tu pulak... boleh dikategorikan sebagai paparazzi.. rajin bebenor dia nak mencuri gambor teman pantang lepa!!! Kalo yer pun kerja bahagian Letak Kereta janganler angkut kon tu.. rosak gambor jadinya...
3) Yang sorang lagi tu dok kontrol 'macho' very low profile... sonyap ajer orangnyer jadi susah skit nak komen...
4) Dan... jejaka yang dok pandang tepi tu (Jangan Pandang Belakang) ... entahlah susah teman nak cerita... hari tu vokalnya sangkut selepas menyanyi lagu Menaruh Harapan... sesekali terkeluar suara Ramli Sirap... la ni vokal dia baru pulih... kesiannya...
Untuk Mengundi tapikan 'ON JANTAN' dan hantarkan ke 33999 setiap sms dikenakan caj RM0.50
* Hadiah Utama - 3 Hari 2 Malam bersama Jantan Gedik... :)
Apapun kami semua enjoy di Portdickson... terima kasih kepada jabatan kami...