Semalam sewaktu makan tengahari dia kelihatan gelisah, pandangannya dilontarkan jauh entah dimana. Resahnya hatinya dan kerutan wajahnya dapat dibaca. Hanya kak Nun berani menyapa takala aku berdiam diri menyepi. Mereka berbicara berkongsi cerita tentang Ibu mertuanya yang kurang sihat dan semakin uzur. Dia berlalu meninggalkan aku ketika aku (Mentor) masih berbicara dengan Kak Nun (Protege) kerna ada berberapa cerita diantara kami berdua dan Kak Salbiah menjadi saksinya.
Malam tadi ketika aku lena diulit mimpi, diselimuti kedinginan malam yang tenang. Aku dikejutkan dengan pesanan ringkas (sms) yang diterima pada jam 3.52pagi bertarikh 20 Julai 2010. Dia memaklumkan yang ibu mertuanya telah meninggal dunia pada jam 12.30pagi pada tarikh yang sama. Hati terasa sebak, kerana aku mengenali dirinya... ada beberapa kali kami bertemu dan kunjungan aku ke rumahnya disambut dengan penuh mesra. Pernah sekali aku melawat dia di Hospital Teluk Intan, kini dia telah tiada. Ia bagaikan sebuah mimpi namun ini adalah realiti. (kembara mimpi dan realiti) Apa yang pasti kenangan itu akan kekal abadi disanubari selagi aku masih bernafas. Kesedihan yang aku rasa tak seberapa berbanding mereka menanggungnya namun sebagai insan aku mengerti kesedihan yang dialami cuma tak dapat diluah dengan kata-kata tak dapat dizahirkan dengan airmata tapi sebakanya terasa.
Hanya ucapan takziah dan iringan Al-Fatihah penganti diri dari saya Raja Bhutan dan kerabat untuk keluarga Kak Ina & Abang Ijat diatas pemergian ibunda tercinta kepada Sang Pencipta yang Maha Esa Allah S.W.T. Semoga ibunda Kak Ina akan tergolong dikalangan orang orang yang beriman hendak-Nya dan semoga Kak Ina & Abang Ijat serta ahli keluarga tabah menerima ketentuan dari Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment