***** LATEST NEWS UPDATES ***** ÚLTIMA ACTUALIZACIÓN DE NOTICIAS ***** BERITA TERKINI ***** DERNIERES NOUVELLES MISES À JOUR **I'LL BE BACK ONLINE SOON, STAY TUNE******************************************************************************************************************************************************************** ..

Tuesday, December 9, 2008

Fakta Atau Auta - Pandai Tapi Bodoh?


Si Peah rupawan yang terkenal di sekolah kerana kebijaksaannya dalam pelbagai bidang. Satu hari.. dalam kelas Pendidikan Seni.. cikgunya... La Tipah Delova... telah meminta semua anak muridnya melukis gambar Kerbau makan rumput.. pada kertas lukisan yang diberi.. dan seharusnya diwarnakan sekali.
Jenuhlah pelajarnya melukis dan mewarna.. setelah selesai dikeringkan lukisan itu perlu dihantar kepada gurunya... akan tetapi yang memeranjatkan si La Tipah Delova adalah lukisan si Peah.. kertas lukisanya tidak berwarna dan tidak terusik langsung.. maka naiklah angin si La Tipah Delova tu.. dengan perasaan pelik dan garangnya dia bertanya kepada si Peah:
La Tipah Delova: Peah.. kenapa kamu tak lukis apa-apa pada kertas lukisan tu sedangkan murid lain telah selesai?
Peah: Cikgu.. saya dah lukis tadi.. tapi...
La Tipah Delova: tapi.. apa Peah oii... mana rumputnya.. mana kerbaunya...mana gambarnya.. kenapa tak diwarna??
Peah: saya dah lukis gambar rumput tu tadi cikgu.. tapi kerbau tu dah makan semua rumput jadi takderlah rumput yang tinggal..
La Tipah Delova: oh begitu.. abis tu mana kerbau yang makan rumput tu.. boleh awak jelaskan kata cik La Tipah dah nak meroyan.. kerana sikap si Peah tu.
Peah: Awatlah biol sangat cikgu ni.. kalo rumput tu dah abis dimakan kerbau tu maka kerbau tu lariler.. sebab tu ler tiada gambar kerbau cikgu...
Maka pengsanlah cikgu La Tipah Delova... tetapi jika kita amati ada benarnya kata-kata si Peah tu.

No comments: