***** LATEST NEWS UPDATES ***** ÚLTIMA ACTUALIZACIÓN DE NOTICIAS ***** BERITA TERKINI ***** DERNIERES NOUVELLES MISES À JOUR **I'LL BE BACK ONLINE SOON, STAY TUNE******************************************************************************************************************************************************************** ..

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

16 November 2010
Aku, Sham OKU dan Karl telah berbincang untuk outing di kampung Sham OKU di Pulau Tiga, Lambor. Aku begitu teruja memandangkan kami dah lama tidak outing bersama. Dan apa yang menarik kali ini aku akan berada di kampung... bagi merasai, menikmati suasana sebenar sebuah kampung. Kami berjanji untuk bergerak ke sana selepas waktu tengahari.

17 November 2010 (Hari Raya Aidiladha/Haji-عيد الأضحى-Eid al-Adha-Festival of Sacrifice.
1200, tiada bayangan Karl, aku syak dia masih tidur kerana semalam mereka (Sham OKU dan Karl) gigih melayan peminat-peminat di sesawang Facebook. Biasalah mereka ramai peminat.

1235 Endy Fotopelangi, datang rumah aku untuk beraya... seperti biasa aku melayan tetamu yang hadir.

1315 Kami beredar dan kunjungi Sham OKU dirumahnya. Lama juga kami berborak sambil menantikan Karl yang bakal hari untuk memeriahkan Aidiladha. Sementara menanti Karl, aku sempat mengajar Sham OKU tentang webcam. Kemudian kami dihidangkan dengan juadah Aidiladha... Mi Kari buatan Makcik Tun (ibu kepada Sham OKU) Kek Coklat, Lemang dan rendang + Air Oren (mana air Ribena? Kemudian aku menceritakan kepada Endy Fotopelangi tentang rancangan kami untuk outing ke kampung Sham OKU.. pada mulanya dia ingin turut serta tapi kemudian menolak secara diplomatik.

1420 Karl datang rumah Sham OKU, kami terus berborak. Kami berbincang kembali berkaitan rancangan outing kami di kampung Sham... banyak yang kami perdebatkan namun Karl gigih menceritakan kehebatan Negara Brunei Darussalam.

1440 Endy Fotopelangi hantar aku pulang, Karl dan Sham ekori kami kemudian dan Endy Fotopelangi terus pulang ke Kuala Pari. Aku ambil set kamera dan beredar dari rumah menaiki kereta Karl dan menuju ke destinasi. Dalam perjalanan kami membicarakan tentang 'pose' yang bakal rakamkan. Kami juga sempat mempersoalkan kehilangan 'Miss J' yang kian menyepi. Selalunya "Miss J" ada cerita panas... kini menghilangkan diri, ibarat artis yang telah hilang populariti dan kian menyepi. Sepanjangan perjalanan Karl masih gigih berbicara tentang Negara Brunei Darussalam... dan sesungguhnya kami adalah pendengar setia.

1530 Kami tiba di Lambor Kanan, suasana hijau redup pepohon membuat bahagia.. sedang kami di ulit angan-angan tetiba aku dikejutkan tentang memori kad SD kamera aku yang tertinggal di rumah... pada masa itu aku amat kecewa.. oh tidak... mengapa ini harus terjadi??? Aku mengarahkan Karl agar terus bergerak mencari Kedai Gambar malangnya di Lambor tiada kedai yang menyediakan perkhidmatan itu. Aku terus mengarahkan Karl memandu terus ke Kg. Gajah dengan harapan agar dapat membeli kad memori SD sebagai kad pendua. Kami melucur laju ke bandar Kampung Gajah.

1610 Kami tiba di Bandar Kampung Gajah... malangnya banyak kedai tutup... aku terpandang satu kedai gambar separa terbuka pintunya.. ia dimiliki oleh orang Melayu.. setelah memberi salam aku bertanya padanya sekiranya dia ada menjual kad memori SD Kamera DSLR. Dia menjemput kami ke dalam kedai. Dia menawarkan aku kad memori MMC. Aku tak puas hati sebab aku minta kad SD bukan MMC. Dia berkeras menyatakan ia boleh berfungsi dan meminta aku mencubanya tapi aku tak mahu mencuba dengan DSLR aku. Dia mengeluarkan DLSR Nikon D80 miliknya.. dan mencuba kad memori tersebut... ternyata.. firasat aku benar. Akhirnya dia akur yang kad memori itu tidak boleh digunakan... alhamdullilah.. jika tidak rugi aku tadi. Kami beredar dari kedainya tapi sempat bertanya dimanakah kami boleh mendapatkan kad memori SD? Menurut beliau kami terpaksa ke Teluk Intan untuk mendapatkan kad tersebut. Karl, memandu laju menuju ke Bandar Teluk Intan dan target kami adalah Pasaraya Giant. Sepanjang perjalanan aku lihat sawah padi luas terbentang.. masa tu aku teringat Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Akak Ogy dengan lagunya Riwayat Petani.

lihatlah kemesraan sawahku bersama hidupku ...
lihatlah keindahan awan mencelah langit biru

1630 Aku terima panggilan dari Abang Ijat.. menurutnya dia kini berada di hadapan rumah aku. Aku benar-benar terkejut sebab dia tidak maklumkan pada aku sebelum ini. Bila aku cakap kini aku berada di kawasan Sungai Manik dia seperti tidak percaya... akhirnya dia akur yang kami benar-benar berada di kawasan Sungai Manik tapi dia mempertikaikan kenapa kami tidak mengajak beliau bersama... Well, how do I know? Apapun aku sempat berbicara.. sekiranya di izinkan Allah kami akan kunjungi Kak Ina di Sungai Lampam.. tapi masalahnya kami tidak tau cara untuk ke rumahnya...

1640 Kami tiba di Pasaraya Giant... setelah pakir kereta kami bergerak masuk ke dalam Pasaraya Giant.. Sham OKU seperti biasa berjalan ala-ala Miss World! Setelah puas kami selongkar Pasaraya Giant... aku dikecewakan... Pasaraya sebesar ini tiada kedai gambar! Aku sedih banget dan kecewa... aku putuskan untuk tidak mencari kad itu. Mungkin tiada rejeki. Tiba-tiba telefon aku berbunyi.. masa tu aku teringat WonderPet.

Rupanya Kak Ina dapat kesan yang kami berada di Bandar Teluk Intan... kami maklumkan kepadanya yang kami ingin melawat Menara Condong... dan selepas itu kami akan ziarahi Kak Ina dan keluarganya... Kemudian Karl gigih meredah Bandar Teluk Intan untuk mencari Kedai Gambar/Kamera... kami singgah di kedai Kodak.. sebuah kedai yang besar. Aku rasa cukup gembira ibarat Miah melihat manik-manik.. aku masuk dalam kedai itu dah bertanya apakah mereka ada mejual kad memori SD.. amoi tu kata ada 'nanti sekejap ma... wa cali dulu' lepas tu dia kata 'ayoo itu balang sudah abis stok ma.. soliloh!' aku dengan perasaan kecewa keluar dari kedai tu... aku nekad cakap kat Karl 'that's enough! jom pi tengok Menara Condong. Setiba di kawasan Menara Condong kami pakir, aku terjumpa satu satu kedai menjual Kamera.. aku masuk dalam dan tanya sekiranya ada menjual SD kad.. dia kata ada 4G for Nikon... wow hati aku melompat gembira... aku gumbira macam lagu Anita Sarawak 'Akhirnya Kini Pasti'

1710 Aku memulakan langkah sebagai jurugambar dan model tak berbayarnya adalah Sham OKU. Dia pose maut di tempat awam... aku juga sempat merakam gambar menara dan kawasan sekitar. Seterusnya kami terjah Bandar Teluk Intan dengan berjalan kami.. kami anggarkan dalam masa sehari kami boleh lawat sekitar bandar tua ini. Seterusnya kami menuju ke Jeti dimana kawasan orang memancing dan menjual Udang Galah. Di jeti itu sekali lagi Sham OKU pose maut ala-ala hero pilem Hindustan.

(gambar akan diupload kemudian)

1830 setelah makan dan minum bagi menghilang dahaga.. kami bergerak meninggalkan Bandar Teluk Intan untuk menuju ke rumah Kak Ina tapi kami tak tahu jalan kesana. Kami berbekalkan semangat dan tawakal sahaja.. dan akhirnya kami sesat entah di mana... tiba-tiba aku teringatkan yang hanpon aku ada GPS.. kami bergerak berpandukan GPS memandangkan kami telah tersesat sampai ke Bidor... itulah pertama kali aku jejaki Bidor.. sebuah bandar kecil. Kami berhenti mengisi petrol kerana kami tidak tahu berapa jauh lagi kami perlu kembara untuk pulang. Aku juga memaklumkan kepada Kak Ina yang kami telah tersesat dan tidak dapat hadir ke rumahnya untuk berhari raya. Karl terus memandu, aku menjadi jurupandu berbekalkan GPS hanpon Nokia ini dan akhirnya kami sampai di susur masuk Tol Lebuhraya Utara Selatan Bidor untuk menuju ke Batu Gajah. Alhamdullilah...

2010 Kami berhenti rehat seketika di R&R Tapah, sambil menikmati minuman panas dan bersembang tentang 'kesesatan ini' biarpun kami tersesat namun kami gembira kerana kami berjaya mencari jalan pulang... masa tu aku teringatkan Kagen Band dengan lagu Kembali Pulang.

2115 Kami bertiga selamat tiba di Bandar Bertuah, Bandar Batu Gajah... Karl menghantar aku pulang dan kemudian Sham OKU... seterusnya dia pulang ke rumahnya... apa apapun apa yang penting kerja sama... apa yang penting... kerja sama dan salam aidiladha buat semua

No comments: