***** LATEST NEWS UPDATES ***** ÚLTIMA ACTUALIZACIÓN DE NOTICIAS ***** BERITA TERKINI ***** DERNIERES NOUVELLES MISES À JOUR **I'LL BE BACK ONLINE SOON, STAY TUNE******************************************************************************************************************************************************************** ..

Sunday, December 14, 2008

Dari Batu Gajah ke Lumut?


Sekitar Bandar Lumut di waktu malam

Lumut Waterfront menjadi lokasi pilihan orang ramai

Waterfront Bistro pusat hiburan (karaeoke) dan makanan

Pentas Waterfront Bistro untuk berkaraeoke
----------------------------------------------------------------------------
Sabtu lalu... kami bertiga (Sham, Arop dan Aku) keluar untuk makan malam sambil berborak lokasi utama Restoran Kak Ani belakang pasaraya Minat.. cadangnya nak keluar makan di Batu Gajah sahaja. Arop melaram perabis dengan baju belang ala baru keluar penjara, sham dengan seluar bermuda aku pulak baju hitam (febret) berseluar khakis. Ketika itu jam 7.30 petang tapi entah macamana dalam perjalanan tertukar plan maka kami terus menuju ke Bandar Sri Iskandar.. belum tiba dibandar itu plan bertukar lagi.. dan akhirnya Lumut menjadi destinasi pilihan... sayangnya tiada kamera dibawa untuk merakam saat-saat disana. Biarpun hujan sepanjang perjalanan.. setibanya di Lumut suasana berbeda.
Tepat jam 9.00 kami berada di Lumut, malam hujung minggu bandar Lumut menjadi tumpuan terutama di Dataran Lumut. Bazar malamnya dibukan sehingga ke jam 3 pagi... setelah penat mencari lokasi untuk pakir kereta kami bergerak ke Marina Bay footcourt untuk makan malam.. setiap kami memesan makan dan minuman berbeda. Sambil menjamu selera bersama tiupan bayu laut kami berborak.
Arop makan Sup Sayur dan Kopi O tanpa Gula & rokok Semporna (wajib tu) nak diet kut?
Sham makan Keowtiau Goreng bersama Teh O Ais dan juga rokok LM (wajib tu)
Aku pilih Nasi Goreng USA (so oily & banyak bawang) bersama teh ais NO rokok!
Selepas itu kami bergerak ke Waterfront Bistro untuk berborak sambil menikmati minuman panas. Malam itu kami disajikan persembahan 'live' penyanyi dangdut Shida yang cukup 'fofuler' dengan lagu 'Angkat Kaki' berpasangan bersama Pian (Cecupak). Malam itu kami cukup terhibur dengan persembahan mereka. Malam itu mereka mencari 7 jejaka idaman (penonton) untuk membuat persembahan tarian mengiringi penyanyi Shida. Apa yang mengamatkan keadaan adalah lelaki-lelaki itu terpaksa tiup belon dan masukkan belon itu dalam baju seolah-oleh mereka 'bunting' atau mengandung... maka ketawalah penonton yang menyaksikan persembahan itu. Sikap sporting mereka membuatkan kami terhibur. Malam itu banyak didendangkan lagu-lagu retro.. Persembahan ditamatkan oleh Pian (Cecupak) dengan lagu 'How Can I Tell Her.. sementara Shida menjual CD terbarunya secara terbuka dengan harga istimewa RM10.oo untuk setiap CD berserta tandatangan. Kini masuk acara kareoke terbuka.. malangnya kebanyakan penonton yang ingin menyanyi pada malam itu memilih lagu sedih.. menyebabkan kami meninggalkan Bisto itu menuju Dataran Lumut untuk melihat keindahan laut diwaktu malam. Kalo kami dok melagut kat situ lagi mau meraung.. sebab lagu-lagunya cukup mendayu.. tangkap lentuk boleh mengantuk.
Semasa di Dataran.. acara wajib Arop dan Sham merokok berkepul-kepul asap keluar mengalahkan kilang sawit, aku pulak dengar lagu sambil mengirup udara pagi best bangat!!!. Arop bila tak tahan pancut (kencing) kat tempat gelap free of charge he.. he... bila dah puas berborak dan melepak serta menjaja muka disana akhirnya jam 2.45 pagi kami meninggalkan bandar Lumut menuju ke Batu Gajah dan Ipoh. Walaupun ia bukan rancangan kami tetapi kai tetap terhibur berada di Lumut. Setelah hantar Sham pulang.. aku tiba dirumah jam 4 pagi.. biarpun ia memenatkan aku tetap gembira.
* semua gambar itu diambil dari internet sebab aku lupa bawa kamera.. jika ada trip yang lain aku akan pastikan kamera ada bersama aku untuk merakam aktiviti kami

No comments: