***** LATEST NEWS UPDATES ***** ÚLTIMA ACTUALIZACIÓN DE NOTICIAS ***** BERITA TERKINI ***** DERNIERES NOUVELLES MISES À JOUR **I'LL BE BACK ONLINE SOON, STAY TUNE******************************************************************************************************************************************************************** ..

Thursday, June 12, 2008

Hot FM - Lebih Hangat Dari Biasa



Setiap pagi apabila bermula jadual kehidupan harian pastinya aku memilih HotFM AMcrew Dj Farah Fauzana @ Fafau atau nama glamernya 'Drumstik Besar' beserta Dj Faizal Ismail @ FBI atau nama glamernya kepala botak untuk menceriakan hari aku. Dengan celoteh slamba ia amat menghiburkan... 'Auta Atau Fakta' mampu menajamkan perkembangan minda aku...segmen 'Panggilan Hangit' paling ditunggu-tunggu. Terkadang aku tersenyum/ketawa sendiri ketika sedang dalam perjalanan ke pejabat... mungkin ada yang ingat aku '3suku' tapi apa yang mereka tahu??? Sebaliknya aku terhibur dengan siaran itu... ah biarlah apa orang nak kata yang penting Hot FM lebih hangat dari biasa... 'Hotchat' pula perkongsian pendapat/luahan hati atau perasaan/pengalaman dan ideologi pendengar... Tanpa Ann atau Suria (trafik) pasti ramai yang tersangkut dijalanraya so terima kasih kepada mereka. Kepada Fafau/FBI dan semua Hotfm AMcrews... terima kasih kerana menceriakan suasana pagi... dan teruskan usaha mengenakan orang dengan panggilan hangit... jangan hangitkan aku udahler...

Berikut adalah siaran pilihan:

6AM -10AM Hotfm (Farah Fauzana/Faizal Ismail) - Menceriakan suasana pagi aku...
10AM-2PM Sinar FM (Abby Fana) - Menemani aku dipejabat dan kedai makan...
2PM-5PM Light and Easy - Inilah masa nak feeling-feeling so layanjer lah...
5pm-12am Klasik Nasional - Mengimbau kenangan lalu... teringat masa kecik-kecik dulu..

No comments: