***** LATEST NEWS UPDATES ***** ÚLTIMA ACTUALIZACIÓN DE NOTICIAS ***** BERITA TERKINI ***** DERNIERES NOUVELLES MISES À JOUR **I'LL BE BACK ONLINE SOON, STAY TUNE******************************************************************************************************************************************************************** ..

Saturday, January 16, 2010

Parit

Pagi tadi aku dibawa ke pekan Parit oleh abang Ijat and wife knows as Ina @ Kak Ina and Fendi atau nama glamernya Andi (sejak berkenalan dengan minah salleh bernama Susan yang dia jumpa di Sam Poh Tong, kami berempat kemudian ketemukan sahabat kepada abang Ijat iaitu En. Fadil dan Cikgu Amir. Kemudian kami dalam satu kumpulan bergerak mencari posisi dan menerjah setiap sudut untuk mencari subjek yang terbaik. Malangnya hasil dari lensa aku kebanyakan 'terakam' dan menjana imej habuk yang dok dalam kamera.. maka terpaksaler aku edit setiap imej itu untuk menghilangkan kesan 'buruk'. Terima kasih kepada semua yang sudi memberi tunjuk ajar dalam bidang fotografi. Maka dengan itu hamba mempersembahkan hasil imej dari D60 - True Color bukan DGcolor.


Di tebing Sungai Perak

Bawah Jambatan or Under the Bridge kate orang puteh.. aje ye..

Sinaran Mentari dicelah dedaunan

Kawasan popular bagi orang mundar-mandir serta bergambar buat kenangan.

Jambatan ke Tanjung Belanja.
Lampu di atas jambatan.

Parit ialah sebuah pekan yang terletak dalam pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah yang beribu pejabat di Seri Iskandar, Bota Kanan, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Parit berdekatan dengan Tronoh, Seri Iskandar, Bota, Pusing, Beruas dan Batu Gajah.

Pada tahun 1979, Parit dikeluarkan dari Daerah Kuala Kangsar dan digabungkan ke dalam pentadbiran daerah Perak Tengah. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia. Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu:

* Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Parit
* Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar.

No comments: