24 Oktober 2010 Ahad
5.00 Pagi - hati masih bercelaru, biarpun pakaian telah dikemas dalam beg tapi hati masih sendu.
8.00 - Jalang datang rumah.. aku agak terkejut kerana janjinya jam 10 pagi.. kenapa awal sangat? Aku hubungi telefon bimbit Karl.. tidak jawaban diterima apa yang pasti dia masih lagi di ulit mimpi.. Sham OKU pula tak dapat dihubungi.. biasaler.. bila tanya 'oh hanpon aku rosak'... Bersiap dah kami terus sarapan pagi di kawasan sekitar pasar pagi bandar Batu Gajah... seperti biasa aku dengan menu aku iaitu Mee Kari dengan Teh Ais dan Jalang Mee Kari with Iced Lemon Tea... perasan "mat salleh" ler tu..
9.00 - Merayau di sekitar pasar pagi.. window shopping kata orang puteh. Aku beli ikan bilis, cabai merah dan hijau. Beli makanan ikan peliharaan. Aku juga sempat beli seluar putih ala Pakistan.. kat bundle BGEE.
10.00 - pergi rumah Sham OKU.. la.. rupanya masih membuta. buat tahi mata, nasib baik OKU so aku boleh terima.. kalo normal memang aku simbah air. panas. sebab orang tuan pernah berkata "jangan tidur ninggi hari nanti susah ketemu jodoh" patutler dia tak kahwin-kahwin.. rupanya tidur ninggi hari... aku??? belum tiba seru lagi akk akk akk.
Pastu Sham OKU minta aku setup netbooknya.. katanya tak dapat connected biarpun wifi dah ada. Aku pun perodi.. terus dapat digunapakai alhamdulliah.. ingat nak caj RM10.00 tapi tetiba Teh Ais, Goreng Pisang, dan Bengkang ada atas meja... kiranya tak boleh nak caj... pandai kou Noni (adik Sham) coverline ye... jadi aku tak boleh naj caj perkhidmatan... sebab ada makan free! so free off caj sahaja ... pastu install Firefox, YM, and etc.
Jalang pulak sibuk dengan FBnya maklumlam dapat guna wifi free kat rumah sham... takder citer lain... asyik pasal jantan ajer.. tak kuasa akak nak layan nyah.... pastu kami bergerak ke Stesen Keretapi Batu Gajah.. untuk apa??? aku masih tak boleh nak buat keputusan pergi atau tidak.. ya atau tidak.. kata orang putehnya YES or NO.
12.30 Balik rumah aku.. hantar barang yang aku beli tadi.. aku siap mandi lagi.. touch-up sikit.. sebab aku kurang hensem kalo kena panas.. Jalang dengan Sham OKU takper.. mereka memang suka 'bera' look... lepas berbincang kami decided nak tengok wayang.. citer apa???
Cuti-Cuti Malaysia??? oh.. tidak!!! Cuti Cuti Cinta.. ishhh... cinta pun boleh cuti-cuti ye.. kalo Jalang yang berlakon mesti tajuknya ditukar kepada MC-MC-CINTA. Filem arahan Ahmad Idham ni ala ala filem Saus Kacang lakonan Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair. Overall filem ni aku kasi 3*** jer.. tapi lepas tengok filem ni aku rasa aku patut bercuti...
3.40Petang, aku ajak jalang pi Stesen Keretapi Ipoh, terpancar cahaya kebahagian di wajah Sham OKU dan Jalang bila kau sebut stesen keretapi Ipoh... you all agak kenapa? ahheem.. aku sorang je tau... bila dah masuk KTMB akulak tengok jadual perjalanan dan tiket kut masih ada.. keretapi ETS (transit) jam 6.30 masih ada kekosongan. Aku beli tiket tu dengan harga RM29.00 naik dari Batu Gajah.. pada jam 6.40petang. Lepas beli tiket aku terus balik.. Jalang dan Sham OKU nak hantar aku ke Stesen Keretapi Batu Gajah.. so beli tiket di Stesen Keretapi Ipoh dan naik keretapi dari Batu Gajah.. very clever gitu..
(Stesen Keretapi Ipoh di waktu malam)
Aku mandi lagi, bersiap touch-up sana sini sebab nak pi KL mestilah nak kena nampak hensem baru VOGUE. Pada masa yang sama aku isi beg pakaian, simpan dokumen penting dalam beg (E-Tiket Train & Flight, Passport, Duit Mata wang asing (EU and Dollar+Baht) MP3Player, Pen dan ubat sebab aku masih demam dan selsema.. kesian aku. Bersalam dengan keluarga akhirnya aku nekad untuk pergi.. masa tu teringat lagu Kaer - Izinkan Ku Pergi.. so airmatapun bertakung... jer.. tak jatuh pun.. cuma bertakung je..Pergilah sayangku
Bermula semula Semangat cintaku Membara kerana dia Tiada niatku Maafkan aku duhai kasih Izinkan ku pergi
aku melangkah perlahan masuk dalam kereta dan melambai perlahan.. ala-ala filem melayu... lama kelamaan hilang pandangan rumah aku.. sayu dan sebak je aku rasa sebab aku tak sempat nak berpesan pada kucing kesayangan aku.. dan ikan-ikan peliharaan aku.. pasti mereka akan merindui aku.. huu huuu.. dalam hati aku menangis.
5.30-petang.. lepak kedai mamak Batu Gajah.. Anuar not around.. mesti tidur lagi kut? sebab shift dia jam 7petang-7pagi. Kami bertiga lepak disana.. pastu 2 polis yang aku kenali join kami sekaki.. mereka dalam tugas tapi tak salah jika berhenti minum...Jalang dengan gediknya bersembang dengan polis tu.
6.30 Petang-Mentari dah tak bersinar lagi.. suasana dah suram je.. sedih kut.. macam hati aku jugak... tiba di stesen keretapi Batu Gajah.. aku memasuki ruang legar tempat menunggu. Kami masih bersembang lagi.. Jalang nak ikut but it's too late.. all fully book.
6.40 Keretapi ETS sampai pada waktunya.. aku melangkah masuk ala-ala Ratu Univers.. sambil melambai-lambai tangan ucap selamat tinggal... bila dah masuk aku kelam kabut cari tempat duduk.. bila dah jumpa letak beg dan duduk.. ah.. lega rasanya.. aku terfikir sama ada ini benar atau tidak.. hati berkata 'aku tak mungkin boleh patah belakang.. just go with the flow'
6.45 keretapi ETS bergerak aku nampak sahabat aku berada di luar melambai tangan dan lemparkan senyuman. Aku melambai kembali.. siap bagi flying kiss... peduli apa orang nak kata.. yang penting kena nampak happy... lepas tu aku pejamkan mata dan terlena sehingga ke KL Sentral.
8.45 Melangkah keluar dari ETS mencari seseorang tetapi dia tak muncul.. check sms... ada satu sms masih belum dibaca 'maaf tak dapat jemput di KLS, jumpa malam nanti'
9.00 Malam check in di Hotel Sentral Kuala Lumpur. Ingat nak guna as 'day use' tapi lebih 6 jam consider as 1 day. Nevermind... masuk bilik mandi, relaks jap pastu cari makan.. Malam tu Kuala Lumpur di curahi hujan yang cukup lebat, bila aku kenang macam hujan dalam hati aku ni. Sedang jalan-jalan cari makan tetiba aku terpandang seseorang.. oh tidak.. mulanya aku nak undur kebelakang dan lari.. tapi TIDAK aku kena berani hadapi KENYATAAN. Aku beranikan diri ketemu dia kerna aku tahu dia juga menanti aku.. di duduk bersama teman-temannya. Setelah diperkenalkan diri pada teman-temannya yang nampak 'sporting' ajer.. maka kami bersembang.. banyak kisah silam terungaki.. hati aku bercelaru.. masa tu aku terbayangkan lagu Anna Rafali - Hujan Bunga Di Kuala Lumpur
Ramalan kaji cuaca kata
Aku kan jatuh cinta
Tapi tak pula beritahu dengan siapa
Lalu hari ini ku berlari mencari-cari
Si dia yang bakal miliki hati ini
Mungkin dia ada di situ
Tersenyum padaku
Namun malu-malu
Hujan bunga di Kuala Lumpur
Kini sudah tiada
Masa untuk mencari payung
Berteduh kita bawah surat khabar
Lalu terbaca berita kata
Hujan ini tak akan reda
Aku kan jatuh cinta
Tapi tak pula beritahu dengan siapa
Lalu hari ini ku berlari mencari-cari
Si dia yang bakal miliki hati ini
Mungkin dia ada di situ
Tersenyum padaku
Namun malu-malu
Hujan bunga di Kuala Lumpur
Kini sudah tiada
Masa untuk mencari payung
Berteduh kita bawah surat khabar
Lalu terbaca berita kata
Hujan ini tak akan reda
Setelah lama berceloteh bertukar nombor telefon, aku minta diri lalu aku beredar.. tapi dia sempat berpesan kepada aku agar hubungi dia kembali setelah aku kembali ke tanah air. Masa tu aku tak tahu nak cakap apa tapi aku teringat Maher Zain dengan lagunya "Insya Allah"
lalu aku cakap..Insya Allah we’ll find the way...
Aku berlalu dan singgah di kedai makan milik orang Kelantan.. aku order Nasi Goreng Ayam.. tapi katanya ayamnya dah jadi ayam goreng kunyit.. take it or leave it.. aku nak kena melantak juga sebab aku kelaparan.. minuman aku order teh ais.. tapi dia bagi teh beng.. (teh o ais) gasak je lah.. hujan-hujan ni memang mencabar keimanan.. tapi aku tetap maintain hensem..
10.30 aku balik hotel.. baju agak kebasahan.. hati aku juga basah mengenangkan saat pertemua aku dan dia tadi.. sebab tak sangka ketemu dia... tiba tiba aku terbayangkan kak Melah @ Ramlah Ram - Cintaku Hanyut Dilautan Sepi
Berderai Bunga Cinta Menitis Airmata
Sayu dan Pilu Berkocak Dikalbu
Terhempas Hati ini Berkecai Harapan
Musnahlah Mimpi Indah Hancurlah Perasaan
Tiada
Tiada Lagi TempatKu Bermanja
Tidakkah Kau Membayangkan Betapa Hancurnya HatiKu
Tidakkah Kau Merasakan Betapa AKu Sengsara
CintaKu Hanyut Dilautan Sepi
Oh Mengapa
Mengapa Sampainya Hatimu MenyeksaKu
Sayu dan Pilu Berkocak Dikalbu
Terhempas Hati ini Berkecai Harapan
Musnahlah Mimpi Indah Hancurlah Perasaan
Tiada
Tiada Lagi TempatKu Bermanja
Tidakkah Kau Membayangkan Betapa Hancurnya HatiKu
Tidakkah Kau Merasakan Betapa AKu Sengsara
CintaKu Hanyut Dilautan Sepi
Oh Mengapa
Mengapa Sampainya Hatimu MenyeksaKu
11.45 aku dikejutkan dari lenaku.. teman ku hadir.. katanya biarpun penerbangan jam 7.00pagi kita harus berada di airport 2 jam lebih awal. Bila dihitung masa dan jadual perjalanan maka kami terpaksa bertolak jam 3.00 dari KLS ke LCCT. Maka kami tidur sebentar..
25. Oktober 2010
8.40 pagi aku mendarat di CNX. Check in jam 9.20 pastu tidur... nak cover balik waktu tidur yang terbabas... bila terjaga dalam jam 4 petang.. hati rasa lega... sebab dah sampai ke destinasi yang di harapkan.
1 comment:
suka baca yg ni
Post a Comment