***** LATEST NEWS UPDATES ***** ÚLTIMA ACTUALIZACIÓN DE NOTICIAS ***** BERITA TERKINI ***** DERNIERES NOUVELLES MISES À JOUR **I'LL BE BACK ONLINE SOON, STAY TUNE******************************************************************************************************************************************************************** ..

Saturday, October 9, 2010

Terjah Bandar Batu Gajah

batu gajah
Perut meragam, entah kenapa.. tapi rasanya mungkin sebab kari mamak.. malam tu aku, Jalang dan Karl lepak kedai mamak selepas beredar dari rumah abang Ijat. Aku order teh o limau ais dan capati... Anuar Bangla pandai buat air.. sodap banget.. Abis aku lahap capati dan kari tu tinggal skit dalam piring.. Karl siap offer lagi kari Capatinya.. dia ingat aku ni aper lahap sangat ke? tapi tetap maintain ayu.. bila orang lalu aku senyum kambing.. pastu celup jari dalam piring.. and jilat.. dalam bahasa kotornya kulom he.. he. Hasilnya... 'preeett' dalam bilik kecil bukan sekali dua.. tapi sampai nak tercabut nyawa.

Jam 2 pagi dikejutkan dengan satu panggilan telefon, rupanya ada insan dari seberang laut.. kalo di hitung beribu batu nautika merindui aku. Lepas bertanya khabar, beborak.. aku diingatkan yang kini sudah tiba untuk musim kutip buah blueberry, rasberry dan cloudsberry disana.. yang pastinya strawberry dijual longgok ditepi jalan disetiap hentian macam R&R Plus tu..tanpa mengikut musim. Disana lain sikit.. buah Blueberry tu memang sedap dimakan metah.. biasanya 'mom' (mak orang puteh aku) buat jem.. tapi aku tak suka jem sebab manis.. kalo diblend dengan yogurt campur pisang sedap bebenor. Rasberry pula hanya sesuai dibuat jem dan makan begitu srahaja.. Cloudberry hanya sesuai dibuat jem.. tak sodap dimakan mentah yuck!!! Apa yang aku nak citer nie? aku nak cakap yang Blueberry, Rasberry, Strawberry atau cloudberry kalo di jual secara kilo pun tak mahal tapi ada satu lagi berry yang mahal sungguh kadangkala cecah ribuan ringgit.. ia dinamakam Blackberry... boleh di pakai tapi tak boleh dimakan.

Updates

(Heart of Batu Gajah) Center area of Batu Gajah

Semalam aku but outing kat area Batu Gajah dengan Fendi... kami berdua merempit disekitar bandar Batu Gajah.. apapun aku sebagai pembonceng sahaja. Dari bekas Taman Tasek S.M.Noor hinggalah ke Changkat (Pusat Kerajaan Batu Gajah). Aku sempat melambai dan bagi signal kat member di Balai Polis yang kebetulan ada disitu, Fendi tak perasan sebab dia taksub dengan senibina bangunan tu. Pastu rakam gambar Bandar Batu Gajah... Fendi pergi terjah area Pos Malaysia dan akulah lepak kat depan bangunan TNB.. tetiba mamat TNB yang aku kenal tanya sama ada aku nak balik rumah ke? jika tidak dia boleh hantarkan... memang baik orang Batu Gajah dengan aku.. siap offer lagi nak hantar pulang. Semasa sedang merempit pulang tetiba macam ku kenal jejaka itu? Dia sedang berdiri sambil mengelap peluh! Latas aku bersuara... abang Poi.. aku ulangi... abang Poi... bukan abang Polis yer.. akkhhh akkkhh. Rupanya Kak Piah bersama abang Poi baru lepas makam malam di Mee Hailam paling Ngetop di Bandar Batu Gajah yang dibuka setiap hari dari jam 9pagi-3petang dan 6.30petang-9.30malam. Selepas rancak berborak Fendi hantar aku balik.

Gaya seorang Photographer, gaya baby pun ada.

Left Wings of Court House in Batu Gajah build in 1892

Court House in Batu Gajah

Court House from different angle

Right Wings of Court House in Batu Gajah.
Entrance fee is free

2 comments:

AFANDI RAZLAN said...

Amboiii-amboiii.....macam drama le pulak!!!...Jalang dah tengok ke gambar ni? X jelous ke dia?

Raja Bhutan or Putera Bunian said...

Sesekali nak berdrama apa salahnya... Jalang sedih.. pastu dia nak shot waktu siang juga..