***** LATEST NEWS UPDATES ***** ÚLTIMA ACTUALIZACIÓN DE NOTICIAS ***** BERITA TERKINI ***** DERNIERES NOUVELLES MISES À JOUR **I'LL BE BACK ONLINE SOON, STAY TUNE******************************************************************************************************************************************************************** ..

Thursday, July 29, 2010

The Sorcerer's Apprentice


Semalam aku telah di culik oleh Datuk K di tempat kerja. Dia memasuki ruang legar pejabat tanpa izin. Wah... bunyinya macam suspen jer... sebenarnya Datuk K bukanlah laki kepada Dato' Siti Nurhaliza (malas aku nak skandal dengan Mentor aku sebab aku suka Siti) sebaliknya ia adalah nama samaran member aku yang lebih dikenali sebagai Kay (semasa dia menetap di KL) tapi nama sebenornya dalam surat beranaknya tertera Kamarulzaman tapi aku lebih suka panggil dia Datuk K, kiranya glamerlah sikit.. kalo dia telefon tu mesti kata 'ya datuk... ada apa hal' mesti orang pandang aku semacam je...

Lepas waktu kerja, aku telah dibawa ke Kinta City... seterusnya kami berjumpa Gen2 (mamat yang kerja kat bahagian Sport, Jaya Jusco Ipoh) berborak jap... pastu pi TGV tengok senarai filem yang ditayangkan... disini hati berbelah bagi. Datuk K nak tengok citer The Sorcerer's Apprentice tayangan jam 1830 sedangkan hati aku meronta nak tengok Inception tapi tayangannya jam 1930. Memandangkan Datuk K yang sponser tiket aku ikut je pilihan dia, aku pulak sponser air dan makanan ringan tapi aku takkan sponser rokok sebab... atuk aku kata "haram" jadi aku ikut je kata atok... tapi... ehh.. aku ada atok ke?

The Sorcerer's Apprentice berkisar tentang ahli sihir yang menjadi mentor kepada "Dave" Stutler" atau lebih glamer dengan nama Prime Merlinian. Malas aku nak membebel pasal filem ni tapi cuma aku nak bagi tau filem ni ok je.. sebab semua aksi macam biasa tengok jer... nothing special, nothing impress me at all macam filem Avatar atau Clash Of Titans. My next attractions adalah The Last Airbender atau lebih dikenali dalam TV9 sebagai Avatar. Harap-harap filem The Last Airbender ni tidak akan mengecewakan aku. Jadual waktu tayangan di TGV Ipoh adalah 5 Ogos 2010 kiranya sebelum bulan puasa. Jadi aku akan cuba mencari ruang untuk menonton filem ni. Apapun Datuk K, terima kasih kerana sponser tiket The Sorcerer's Apprentice! nanti jika ada masa kita tonton Inception... nanti aku sponser tiket.

No comments: